Posted by: En Amad | 25, August 2009

Selesai hak milik tanah, keutamaan kerajaan PAS Kelantan

APABILA disebut penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman, sudah tentu masalah tanah menjadi hambatan utama.

Mereka yang datang dari kawasan hilir mengharapkan mendapat tanah untuk mengubah taraf kehidupan mereka. Tanah dibangunkan dengan pelbagai tanaman. Kebun getah dan kelapa sawit akhirnya mengubah kehidupan mereka. Kalau dahulu mereka datang sehelai sepinggang kini sudah ramai yang memilki rumah besar dan kereta mahal.

Berikut sedikit sedutan dari temubual Wartawan Harakah, LANJUSOH bersama Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob baru-baru ini:

HARAKAH: Sejauh mana keseriusan kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah di kalangan rakyat?

DATO’ AHMAD YAAKOB: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Kelantan (LKTN) adalah usaha yang dijalankan oleh kerajaan PAS di zaman Dato Asri Muda. Program ini dirancang begitu rupa. Rakyat Kelantan suka berbudi kepada tanah. Mereka memang bertungkus lumus dan mengeluarkan titik peluh membuka tanah dan kerajaan hanya memberi tanah.

Jadi segala usaha dilakukan oleh peneroka sendiri. Hasilnya begitu berjaya sekali. Kemudian barulah datanglah Takdir dan Kesedar selepas BN berjaya mentadbir negeri ini.

Sebenarnya, kita hendak beri rakyat tanah. Inilah jasa kepada rakyat terhadap jasa yang dibuat kerajaan PAS di zaman Asri. Mereka yang disenarai di tempatkan di kawasan tersebut dalam tiga kategori iaitu pemimpin masyarakat, pertengahan dan pemimpin atasan.

HARAKAH: Sejauh mana pula kelulusan hak milik tanah di kalangan peneroka LKTN?

DATO’ AHMAD YAAKOB: Sebahagian penduduk sudah mendapat hak milik tanah. Jadi kita harap selepas Mohd Fauzi Abdulllah atau Abe Uji (Wakil Rakyat DUN Manik Urai) akan meneruskan usaha untuk menyelesaikan hak milik tanah kepada peneroka. Kita harap penduduk berurusan dengan Abe Uji, lagi pun beliau sudah memberi komitmen untuk menyelesaikan masalah tersebut yang belum lagi diberi hak miiik.

Abe Uji boleh mendapatkan lebih banyak lagi maklumat mereka yang belum mendapat surat hak milik. Kita perlu kenal pasti apa masalah yang menyebabkan masalah hak milik tanah belum dapat diselesaikan. Ini merupakan sebahagian tugas wakil rakyat bagi menyelesaikan masalah rakyat.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: